PENGENALAN

KamBest™ merupakan jenama produk sebuah syarikat Bumiputera, iaitu Perfect Agro (M) Sdn. Bhd. (PAMSB) diteraju oleh Pengerusinya, Datuk Razhi bin Yahaya yang telah menceburi pemasaran dan dagangan produk hiliran yang berasaskan daripada penternakan kambing dan bebiri.

Menyedari kepada potensi besar yang dijanjikan di dalam produk makanan serta hiliran yang berasaskan daripada penternakan kambing, PAMSB telah secara aktif dan agresif memasarkan produk KamBest™ walaupun baru bertapak di dalam sektor ini. KamBest™ ialah produk makanan yang terhasil daripada sektor hiliran penternakan kambing iaitu daging burger dan sosej yang diperbuat dari daging kambing. Variasi produk KamBest™ juga sudah dilakukan bagi daging lembu dan ayam. Walaupun produk KamBest™ ini  dihasilkan pada bulan Mei 2010, namun PAMSB telah membawa jenama tersebut dengan agresif termasuklah memasarkan produk tersebut di tapak-tapak ekspo kebangsaan seluruh negeri Malaysia terutamanya di utara tanahair di samping pernah mengadakan promosi produk tersebut di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam.
Kepelbagaian produk KamBest
Produk-produk KamBest™ ini sudah berada di pasaraya Mydin cawangan USJ, Ayer Keroh, Bukit Jambul, Kuala Terengganu serta Kota Bharu.

PAMSB juga telah bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Wilayah Kedah (KEDA) untuk melahirkan peniaga-peniaga burger kambing di kalangan penduduk miskin tegar melalui Program Peningkatan Pendapatan (3P).Seramai 16 orang peniaga perintis yang dipilih melalui program ini telah menjalani Kursus Pengendalian Perniagaan Burger Kambing anjuran PAMSB bersama dengan KEDA, dan setiap peserta dibekalkan dengan peralatan penyediaan burger, termasuklah kiosk. Projek ini juga sudah berada di dalam fasa yang terakhir dan prestasi perniagaan peserta adalah begitu menggalakkan.